Monday, 6 March 2017

BAJET TRIP KE KOREA 2016


Assalamualaikum readers,

                  Maaf sebab it takes like almost five months la kot nak update pasal trip ni.huu.kekangan masa di antara being a student,private tutor and masuk competition and final exam and thesis (can u see the struggle?haha) membuatkan seorang ely x cukup nafas,tapi Alhamdulillah ala kulli hal sebab masih diberi kekuatan dan kesihatan.

                  Ok,niat menulis ini sbb nk bantu kawan2 yang bertanya di dm ws ttg trip ke sana,ely faham pasal curiousity hangpa, because ely pun macam tu masa mula-mula plan this trip. Terdetik nak menulis sbb baru-baru ni kawan sekolah cakap nak pergi juga this year,so why not kan share,dapat la bantu serba sedikit,hee.semoga selamat sampai kat sana ya,aminn. Kami buat research dlm tiga bulan juga. Semoga penulisan ni bagi mcm mere guide kpd yang memerlukan.Nak Tanya lebih lanjut,boleh pm tepi,I wont bite!

                  This trip started with omong kosong seorang kpopers tegar iaitu ub(nama sebenar atikah merangkap best fren since matrix) mcm “weyh ely  korea jom wey”.Tapi Alhamdulillah first time omong kosong menjadi  reality setelah banyak kali merancang.Yelah before this nak ajak jumpa berjemaah dgn geng matrix tercinta pun terbantut bertahun,padahal satu ukm.kikiki. Oh kami pergi berdua sahaja ke sana,ely dan ub, on 2016 summer n auntumn pada cuti semester tahun kedua pengajian. Tapi kami x da la berjalan semata, kami ada sedikit urusan berkaitan universiti kami. Insyallah  akan p lagi tahun ni, atas sebab tertentu(sapa nk join ,boleh pm tepi  ) .

                                    Perjalanan bermula dari decide routes mana nak p,and of course la dengan kadar yang paling jimat,maklum kami masih student hehe .Kami decide on visit both,Busan dan Seoul.Sebab apa? Sebab kami nk p dua daerah sekali gus alang-alang nak p.Korang boleh ikot mcm ni.Kami turun flight di Busan dahulu,stay beberapa hari,lepastu naik bas(sumpah lama) p Seoul pulak,jimat sebab tak payah ulang alik dari busan ke seoul ke busan. Kami naik flight balik dari Seoul.

                  Malaysia         à         Busan(Gimhae airport)     à         Seoul     à                Malaysia



                                    Masa kami p musim dia auntumn bercampur summer. Dapat la tengok daun kekuningan sikit2 terutama di Nami .Busan masyallah panas,haha,haa ni tips,bawak la taw topi and kipas mini,sesiap dari mesia,jimat,kami beli kat sana kat busan train station(rm 40,bazir gilaa). Bawak baju nipis2 je,xyah nk ootd hahah kecuali di seoul ok la sejuk. Ok,lepas smpai airport,bas dtg ambil p tempat kami stay kat Busan. Transportation sana I likeee sbb x delay lama.  Untuk transportation di sana,jangan risau, ada mcm kad ktm khas untuk 24 hours pakai cost you just around 4500 won,apa special kad ini ialah,korang boleh pakai sehari suntuk utk kemana-mana,tapi sehari je taw,make sure pakai to the fullest kalau beli tu,baru untung. Mana nak cari kad ni? Ada mesin kat station tu. Mcm vending machine. Oh masa kami pergi,in 2016,so rate dia 10k won = RM 30-32 mcm tu,and tadi cek di google, dah naik rm jadi rm38-40,Allahu,huhu,semakin teruk rate harga kita.beza Rm10 oi. Cepat2 pergi ok dearies!

                                    Banyak memories pergi sana,tapi bg ely, yang remarkable place is kampung running man tu. Its so unique. Dia pada mulanya hanyalah setinggan yang diubah suai govt jadi tmpt perlancongan,maka jadilah lawa warna warni.Boleh pergi dengan train dan bas,agak menyampah nak cari sbb dia dalam sikit,kat sini entahlah, so cool for me,each lorong akan ada rumah yang diubah suai jadi tempat galeri la,tempat rekaan unik la,Ada satu rumah ni,bila kita menjerit,semua mesin(dibuat dari kaca) akan bergerak2 ikot sound wave jeritan kita.haha. Lepastu ada la tempat-tempat mcm scene dalam korea, oh ahaa ada satu tangga ni,nama dia star ke heaven stairways,sb apa?sb tangga ni sangat cerun,orang-orang situ dulu miskin,balik kerja malam2,angkat berat naik tangga akan nmpk stars dari situ,hee. Tips untuk x sesat dalam perkampungan tu,follow je ikan2 yang ditampal dekat dinding tu. Tapi insyaallah x sesat,sbb berjemaah ramai kat situ.Hee haa masa naik sini,tolong lah bawak mineral,nauzubillah wey penat sumpah.dengan panas nye. Ada jual mcm air manga tapi hm takot x bersih,oh ya,bau arak sikit2 tu normal,sbb culture kan.pastu hormat kat situ sbb kawasan perumahan,sepanjang lorong tu ada la ahjumma ahjussi yang tegur2 kita,anjing also got,tapi wat lek je.dia mungkin stare kita sb anjing pelik tgk kenapa kita coklat and x putih mcm tuan dia.hm k hambar.maap.
I
                  Tempat wajib untuk korang pergi di busan ialah Jagalchi market,hm tempat ni famous untuk makanan laut,kami pegi sini pun naik train,tapi hati-hati taw sini,sbb kena kuat semangat menolak asakan makcik2 pasar soh makan kedai mereka.Hampir jugak la kena sembelih dengan harga mcm haram haha,ub pandai ckp korea,so kami pakat,kata aku ni allergi,so x boleh makan situ,dan kami lari la ke kedai lain ikot bajet.Alhamdullilah ok la jugak yg kami makan,sedap sup apatah haha,ikan la pasti,ada nasi,ada side dishes dia iaitu sayur kimchi bagai,aku x makan sb x reti haha . Tapi rm60 jugak satu meal full course. Ye adik2,kami pokai sbb makanan sana amat mahal dan masatu aku rindu café FKAB ukm yang hanya rm5 satu nasi campur,ahhaha.Tips yang aku boleh bg,bawaklah banyak fast food macam brahim,maggi,biskut kalau nk save banyak. Abi aku pernah ke korea atas dasar kerja pada tahun 2010 x salah aku,abi pun kata jagalchi market tu mmg kena pandai cari harga,sbb diorang tahu kan kita ni foreigner.Currency tahun 2010 dan 2016 banyak beza katanya(of course).

                  Baru cerita muqadimah,tapi dah panjang dh ni haha ,xpe niat ikhlas nak bantu korang! Hehe.ok ha berkaitan bas dari busan ke seoul it takes 5-6 hours! Kami bertolak pagi,so agak wasted la sehari tu atas bas je,oh masa summer pagi cerah bermula at 4am,so mula2 tu subuh gajah for first few days,huhu dan petang dah gelap around pukul lima dah gelap..huu so kalau boleh gerak keluar awal2 ok. Kenapa kami ambil bas? X ambil train?berbalik mcm apa ely cakap,kami kan p duit sendiri, hee so nak save,bus cost around rm80-100 while train rm200 lebih x salah.sekarang I don’t know the rate.huhu. Bas ada byk jenis,dari fancy kepada biasa,harga lain2,kami ambil biasa,tu pun dah cukup selesa sgt-sgt.Seat mcm executive and ada tv cerita korea yang xda subtitle.mmg x faham la haha.ub terer ah sb dia boleh faham.Masa naik train tu korang kena alert nama tempat,sb tah bg yang x reti bahasa korea mcm aku,aku rasa nama tmpt mcm sama je,namdaemun,dongdaemun hahaha.alert ok sistur.kami pernah salah train sekali haha.

                  Setelah puas di Busan,kami naik bas p seoul. Di seoul agak best,muehehe,sbb sejuk,lepastu dekat dengan main atrractive punya tempat,namsan tower,myeondong street and train pun dekat.Kami stay dekat myeodong,pricey sikit,tapi amat mudah.Kelengkapan lengkap.macam rumah,siap ada bath tu dlm bilik.free international call,wifi,dapur,laundry ahhhh sumeeee.Korang pergi ok tempat2 ni:

·             Myeondong street (pecinta kpop dan k-beauty),dekat sini innisfree,laneige,nature republic ada lima-ke enam kedai untuk jenama yang sama,so jangan beli terus,harga lain2,banding2 dlu,kadang ada diskaun lain2,mcm aku beli bb cushion banyak2 and lip tint sb sangat sangatttttt berpatutan.tapi kena pandai survey,disebabkan kami duduk berdekatan,tiap mlm kami turun sini.oh haa kat sini tutp kedai around 10.30-11pm,so pergi la awal sikit ok.

·             Nami Island,hm ni jauh dlm 10 station baru sampai,tips dia korang bawak je student card,insyaallah dpt diskaun,hm aku suka sini sb walaupun kena naik train lama,pastu naik teksi pastu naik feri baru sampai(nmpk x susah nk sampai? Hhaha maka ambil la gambar byk2,bukan senang nk sampai) tapi suasana dia tah,sangat aman gitew,kalau kawen nnty,nak bawak suami mai situ,kih2.

·             Menurut kajian,di hongdae ada banyak café cool2 tapi kekangan masa membatalkan niat dan kaki yg x boleh tolerate lagi,haha sempat pergi tunai wishlist ku yang nak sgt tgk hello kitty café hehe.ub redho menemani seredho aku menemani nya ke SM town,haahaha

·             Gangnam,Sini la terletak SM TOWN kesayangan hangpa.Nak masuk tgk boleh sbb dia wat mcm concept mall tapi rezeki kami dapat private tour hee.so dia bawak masuk p tgk baju2 yang artis(GG,EXO,SUJU,SHINEE) pakai masa concert,tempat mekap,tempat studio menari,tempat mereka shoot album,tempat recording,meeting dan sebagainya.Plus kami diajar menari siap shooting mcm artis kpop kat studio dia,mcm biasa,aku la paling kaku dan kayu dan asyik gelak. Masa ni hanya kami dua je muslim n Malaysia ,yg lain german ada,philipines and lain2,sume yg dpt tu dlm 13 org.Rezeki seorang ub.hee nmpk muka beliau sgt happy!

·             Namdaemun- sini nk shopping utk souvenir,mcam tshirt tulis korea tu and souvenir2 lain.kat sini penjual mcm boleh ckp Bahasa Malaysia ah,haha 3 sepuluh 3 sepuluh!

·             Ehwa uni-mere university


·             Namsan tower-tempat korang lock cinta tu,plg syiok korang lock dlu,kang dh kahwin,g la bukak ngan husband,aicehh ahahah

·             Hanok village or gyeokgabung palace –sini la location utk drama-drama korea versi lama tu.sesi ootd disini taw kikiki.


So basically soalan lazim korang ialah tempat mana nk lawat,brapa bajet and dos and donts kan.ok ely simplify ya:

·             Ok list tempat lawatan dah bagi taw kat atas,either follow ja or boleh tambah lg or kurangkan ikot bajet sistur2.Kalau nk mudah,pergi je seoul,situ dh banyak sgt utk korang teroka,kalau byk bajet,boleh stay lama dan x rushing pergi ke tempat2 tu slow2.

·             Bajet ea? Ikot la kadar hari yang korang pergi, (ini dh kira ok cover tix,,transport,tmpt tinggal,makan,shopping)hangpa kaya boleh tmbh lagi utk shopping hehe,bajet sehari dalam tiga ratus dah ckup,kali la brapa hari hangpa p,kalau pndai save lagi kurang.mcm bawak foods banyak2.

·             Contoh spend rm300x 5 hari= rm1500 + tix rm1000-1800 + transport dlm 100-350+ tempat tinggal dlm rm1000 =3k-4k. sekali lg saya nyatakan haha kena pandai urus duit ok,cari kawan yg travel saling mengingatkan and x emo.supaya sume smooth.


·             Kalau nk cut bajet lg,mohon bawak banyak2 makanan,serius ia membantu,korang kena jalan banyak kan,sb kita pakai public transport,so tenaga harus banyak juga,air mineral sentiasa refill.

·             Weyh! Lupa nk roger,toilet awam sana,xdak paip wey!hahahahahah tapi tmpt tinggal or hotel or airport ada yg ada bidet,so xpela,kalau xda tu,bawak la air mineral sebotol utk basuh sb takot x bersih najis nk bawak solat.Kami mmg taw dh dari awal,so xdala terkejut sgt.so ya prepare na.

·             Surau susah nk cari,sb kita bkn majority sana,its either hangpa solat dlu then kuar dengan tenang,tiga hari pertama boleh jama’ solat.

·             Ha ni satu lg,busan x mesra sgt ngan foreigner,dpe mcm takut2 sikit dengan kita terutama yg pakai tudung,masa mula2 dpe mcm ingt kita arab,dpe x suka arab kot,haha,bila ckp Malaysia baru ok,tips nya,korang snyum je kalau dpe usha pelik.hati kena kental kalau travel tnpa family ni.ada je yg mesra tapi boleh kira dengan jari,yang mintak kami wat tutorial shawl kat kedai grocery (gigih le undo the pins bagai nk tnjuk dia) ada yang ambil gmbr kami senyap2 dalam train,kami snyum je wat peace sikit pastu dia yg segan balik ahahahha.haaa lagi satu kalau boleh pakai colour warna warni ah tudung tu,elak hitam tudung,sbb dpe ingat arab.okie.pernah sekali aku terbertuh(betul ke ayat) bahu sorang atuk ni,dia trus lari weyh,hahaha,pastu bila dia tahu aku n ub Malaysia,baru dia ok.aiyo hahaha

·             Pastu kalau korang lenguh macam mana pun kaki nk tercabut lagu mana pun,korang jangan sesekali duduk kat train kalau ramai lagi yang perlu,aku n ub kalau penat sangat pun,kami duduk atas lantai saja haha.asal leh rehat jap kaki sbb dpe jenis sound direct.malu je nnty. haa aku bawak salon pas lekat kat betis kaki tiap kali balik hotel,baru x lenguh utk esok. Its really works!

·             Haa sampai2 je korang terus split duit,transport mana,makan mana,shopping mana,takot terpakai,x ke naya nk p airport xda duit bayar tambang,nanges weyh.haha.

·             Mcm aku,abi selalu ingatkan jaga passport,so aku in charge dlm jaga passport,ub  in charge duit,kaji sikit kat mana embassy Malaysia kat sana yang terdekat if anything jadi.okie.

·             Beli la banana uuyu dia masa tu 1300 won shaja,kenyang minum n sedap,aku beli hari2,beli yg topi hijau jangan biru,x sedap.banyak aku seludup dlm beg dlm enam botol,demi seorang becky yang nk sgt rasa haha.selebihnya utk umi abi family.kalau becky baca ni,mohon terharu k,susah k nk seludup masuk cabin haha dengan beg macam2 dh perosok.

·             Kalau kena frenzon masa korang tanya soalan,jangan nangis sayu k,lek2,ely dh biasa dh kalau tanya soalan,dpe terus lari hahahaha,rasa mcm nk pinjam bahu ub dan menangis sepuasnya,korang jangan salah faham. English diorang x brapa fluent ,so diorang x reti nk communicate. Kalau boleh approach dak2 baya kita.Mcm kami kat train,kami tanya student uni korea situ,haa baru ok,hehe,kalau pndai ckp korea sesikit mcm ub itu lg bonus,siap boleh beramah mesra aa gtew. Aku fhm tapi  x la sepenuhnya,sb dlu pernah terjebak kejap dgn k-drama,hehe,ooo ayat ni korang kena master “olmaneyo= brapa harga” “biyanhe=sorry” “kamsahamnida=tq” “yeppo=lawaa” saranghae=I lebiu ok ni saja aku tambah untuk korang cari zauj kat sana,mana tahu sempat untuk berdakwah lalu pogoshiptah I miss u hahahahah,k hambar lg.


Sekian ini sahaja tips yang dikongsi,hehe moga bermanfaat,kalau nk beli tix  murah x reti cari,boleh roger saya,upah rm20 k,hahahah,ok apa2 oleh dm kat ig ellyhariss x pun email jah.hehe,komen saya disabled kat blog sbb kang ada letak link yang x sepatutnya haha mencemari niat buat blog ni yang suci gtew.hahaa.ok anyeong!

 X perlu jadi kpopers je nk bercuti sini,sbb banyak lg benda lain yg boleh di explore,if u are kpopers or not just enjoy!. Bak kata abi,berjalan ni niat nak cari ilmu,supaya dapat pahala dan kalau ajal smpai,insyaallah dlm keadaan husnul khotimah! Dapat dua2 keseronokan and pahala,balik kepada niat.Insyalllah.Banyaak la belajar kat sini,mcm mudahnya jadi seorang muslim di Negara sendiri banding Negara asing,tapi itu yg menjadikan islam di sana lebih berkualiti banding Negara kita yg hanya berkuantiti.Allahu alam,wslm!

Hayatilah gambar2 ni,untuk dapat gambaran bagaimanakah suasana di sana.kikiki






















‘’SEMOGA SEMUA READERS DIKURNIAKAN REZEKI UNTUK KE KOREA JUGA! AMINN”

                 
ps:my longest post so far,it takes two days to freaking writing and thinking about the content hahaahah.rasa nk cerita byk lg,tapi xpe,thesis dan menunggu,ely put yg gist ok.wslm,saranghaeyo oppa yeppo kah2.bye.apa2 boleh tnya,insyaallah saya bantu mana yang mampu.yeorobun anyeong!will update my china trips soon! Jgn lupa check out my last post bout Palembang n Singapore trips!



Thursday, 19 January 2017

Dengki Vs Kejayaan

Assalamualaikum readers!

Today i have mood nak menulis tapi kinda motivational talk hee.*mood ustazah on *

Dengki satu perkara yang negative manakala kejayaan adalah perkara positif.how do you expect yang both that akan jadi perfect equation to a harmony life??arghh jangan pernah berharap.Mana mungkin hati yang dicemari dengki akan mencapai magnet kejayaan.Lumrah kehidupan,inikan baju untuk dipakai hari-hari pun kita akan pilih yang terbaik.Apatah lagi santapan hati.Bagi aku mudah,pabila hati bersih,semuanya akan fall into places yang betul,semua plan menjadi teratur dan indah.

Aku tahu kita bangsa yang tidak pernah  lari dari hasad dengki,dialog macam ni dah biasa dekat telinga “ala kaya sbb mak bapak dia kaya,boleh ah travel sana sini” hakikatnya dia bekerja keras,kumpul duit,kerja apa semua,tapi kita yang jahil ni butakan mata atas usaha dia.”ala kedai maju tu,syarikat dapat banyak tender tu mesti pakai ilmu pelaris” hakikatnya dia usaha bagai nak rak untuk markerting kan syarikat dia,kita yang jahil ni apa tahu.tahu menuduh dan dengki tak sudah,berharap kejatuhan bangsa sendiri.only after that,fuhh yeayy dah miskin macam kita yeayy miskin berjemaah,bila hati x bersih,kau terlupa flow economy, kalau satu bangsa kita berjaya,akan ada keluaran zakat yang akan diberikan hasil keuntungan bisnes yang akan disalurkan kepada yang memerlukan.Ini tidak,lebih puas semuanya di takuk yang lama tanpa ada kemajuan.Hasad yang melebihi segalanya.Lupa kejatuhan ummah hari demi hari.

Malu untuk aku mengaku,aku dibesarkan dengan dikelilingi oleh sebangsa aku.Pernah aku punya mentality sedemikian rupa through my school years.Bila kawan berjaya kau akan ego dan tetap punya hasad dengki.Nak ucap tahniah huuu rasa beratnya seberat troli tesco kau angkat bukan tolak.berat gila kan.haha.

Ibu bapa aku sendiri ialah dikalangan usahawan, ayah ku dah biasa dengan hasad dengki orang sepanjang ceburi bidang usahawan. Name it, apa je x berlaku,semua dh lengkap,dari buatan org,dari back stab oleh penolong pengarah dia,dari ditaram tender syarikat yang dh di secure oleh syarikat ayah aku.dan list keeppp going on.Alhamdullillah mereka masih kuat dengan percaya Allah melihat penat jerih mereka membina syarikat atas nama untuk memperkukuh ekonomi Islam. Ayah tercinta selalu berkata bisnes ni risky,gambling,sebab tu Allah bg sumber kekayaan 9/10 dari berbisnes sbb Dia tahu susahnya nak cari rezeki bisnes berbeza dengan makan gaji semata.risiko lebih kecil tapi hm sampai bila nak stay on that point. You gotta do something big untuk lagi kehadapan dan bantu ummah.dari duit bisnes boleh bukak rumah tahfiz,boleh beri banyak lagi sedekah and boleh berjalan tgk keajaiban tuhan, Banyak kan faedah?hidup hanya sekali,takkan selamanya sampai mati tiada kemajuan, Tapi bear in mind sayang, lagi besar rewards lagi banyak lah risiko. Sebab apa?sebab ditikam bangsa sendiri.

Alhamdulillah semakin aku dewasa,terutama menjejaki alam matrikulasi,Allah pertemukan aku dengan sahabat2 yang indah akhlaknya, hidup aku berubah 360 degree, dari seorang yang gila compete dari kecil be it in academic or else telah menjadi seorang yang masih suka bersaing tetapi secara sihat dan  bersenang hati dengan kejayaan orang lain.Ucapan tahniah semakin mudah meniti di bibir kecil aku, Aku cepat rasa teruja kalau kawan-kawan seperjuangan berjaya dalam apa-apa.Betul sangat apa yang Rasulullah tercinta aku berkata, pilihlah circle of friends yang baik, tempiasnya akan dirasakan oleh kita.Alhamdulillah,kehidupan aku semakin rancak dalam perjuangan.Aku mendapat pelbagai kejayaan hasil berkat cleansing of heart aku. Aku disapa makna kawan sejati susah senang.Aku berubah banyakkkk,aku semakin suka berdoa apabila orang lain berjaya macam kalau kawan berjaya akademik aku akan berdoa “Ya Allah berikanlah aku kejayaan seperti dia” instead of dengki x memasal,kikiki,dah dia usaha dia dapatlah. Im not saying kawan masa sekolah all is bad,and their fault ke apa, NO! ITS JUST ME NOT CHOSE WISELY,ada je yang baik satu dua.hee.Aku dapat nampak Allah mudahkan perjalanan hidupku.Satu persatu impian aku sebagai remaja Allah penuhi,Hati semakin tenang.Bermula dari titik tolak itu,aku semakin memilih dalam berkawan,aku kecilkan circle of friends aku.Maaf kalau yang terasa hati kalau aku jarang hang out lagi.Sebab aku tidak kuat untuk kekal positif kalau hari-hari dikelilingi aura yang negative . Prevention is better than cure kan. Nak cure hati once dah rosak amat ambil masa yang lama. Maka aku sayang dan x nak lagi berterusan begitu. Cukuplah sekali. Aku punya kawan2 yang sangat baik,yang aku akan kongsi kejayaan tanpa segan silu tanpa risau yang dia menganggap aku menunjuk2.We are really proud and happy on each other.syukur ya Rabb.For those my friends yang baca this,yes its you syg.Thank you sbb add on values in my precious life.May Allah bless u always.

Tips untuk mendapat kawan yang baik amat mudah,berdoalah,insyallah Allah maha mendengar.i hv created satu jenis test,nama dia ‘’story test” haha.Its simply as cerita sekali your happiness mcm “weyh adik aku dapat masuk medic wey” or “wey alhamdullillah aku dapat biasiswa wey” only then kau tengok reaksi dia mcm mana,its either diam dan menjauh atau tahniah dan turut bergembira.Bagi aku mudah ikhlas tu dapat di detect dengan mudah dan dibezakan dengan fake.Bagi kawan yang dengki,kau doa agar dia dapat apa yang dia dengki dengan kita,supaya dia berlapang dada.hehe.lepastu tidak payah la banyak cerita dekat dia lagi,hee ada beza antara hendak tahu shj atau benar-benar ambil tahu,yang mendekat untuk bila kau berjaya (mcm tetiba pesan barang masa g oversea contohnyaaaa,padahal before that haram x kenal or tak tahu kau masih hidup ke x,pastu bila kau upload gmbar best2,kutuk2 eleh menunjuk eleh bla bla,pakat ramai2 jangan like,kikiki ok ni hati busuk gila)x suka just unfollow,xyah benci sgt.Allah dah tetap rezeki masing2 syg.Yours punya pun ada,sabar dan syukur.ever guess why your life x success mcm org lain?because your hasad dengki block your rezeki syg.
                                                     
Penampakan entiti "dengki di belakang" hehe
Kalau buat reflection pasal diri,”asal dia dpt course best2,sambung degree master,asal aku tak ea nak masuk university pun susah,asal dia dapat dean list every sem,aku tak padahal usaha dh sama,asal family dia kaya,aku maintain la miskin,asal dapat travel sana sini,aku susah ea”.Reflect la,maybe dengki di hati dan kolam jiwa x bersih maybe,macam mana nak attract benda baik.Jangan jadi mcm mata lalat.detect benda busuk,ada sampah laju je dtg hinggap,ish2 nauzubillah,jadilah mcm mata lebah,amek madu yg sedap dari bunga,hasilkan nectar yang berkhasiat.Jadi org positive,insyallah benda positif juga yang akan datang kat awak,I have done and suddenly I witness every single things become easier to achieve,either in academic goals or personal life,,Alhamdullillah ala kulli hal!

Bersihkan kolam jiwa dengan bersyukur atas nikmat yang diberi kepada mu dan orang sekeliling,lets change,and good things will come running to you! Definitely! Happy heart,happy life! Aminn!

Hidup hanya sekali tapi kalau kita gunakan dengan baik,sekali pun dah memadai *love emoji


Ps:my wishlist getting complete in a mean time! I cant wait hehe! I pray yours is too readers! spread the positive vibes okay!sorry x update lagi pasal tips pergi korea,will do it really soon!