Thursday 12 November 2020

SAYANG

Its been awhile since im here,

I would love to share my new love, eternal and endless love of my life.

25.9.2020 will be the best day of my life.

Alhamdulillah.

Sakit dan trauma masih terasa hingga ke saat aku menaip kisah ini.

Hampir nadi berhenti berdegup setelah 9 jam berjuang di dalam labour room berseorangan.

Tidak pernah terfikir akan melalui saat begini di dalam hidup.

Tepat 2.15pm seorang malaikat kecil yang amat comel selamat dilahirkan dan diletakkan di atas dadaku. Tiada kata yang keluar, hanya deraian air mata ku sambut kelahirannya. Ku dakap penuh kasih dan tidak henti kalimat syukur ku panjatkan kepada yg maha ESA kerana mengizinkan aku melalui saat yang berharga ini.

Inilah benih kasih dan cinta bersama kekasih hati yang ku gelar sebagai seorang suami.

Perjalanan ini tidak semudah yang ku sangka, amat payah dan beronak duri, emosi dan mental sangat teruji. Air mata masih mengalir ketika ku menaip coretan ini. Kesakitan yang terkandung kenikmatan didalamnya pabila terdapat denyutan nadi yang menumpang di rahimku.

Orang ramai memuji yang fizikal tidak banyak berubah dan berseri ketika membawa kandungan ini, tapi hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu susah dan senang. Sakit belakang yang tiada akhirnya, loya dan muntah di awal 3 minggu yang pertama, Baju yang semakin sendat melewati 2 bulan akhir, Perubahan emosi yang tiada akhirnya, air mata yang menjadi peneman setia. They said i have it easy but hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.

Semua kesakitan hilang pabila sayangku berada dalam dakapan ku, masih jelas ketika sayangku membuka mata kali pertama dan tangisan yang hadir ketika kita bertentang mata. Banyak ujian yang kita lalui bersama, dialah kekuatan hidup yang sejati yang Allah sudi amanahkan kepadaku, kelahiran yang dinanti setelah lima bulan layari alam perkahwinan. 

Masih teringat ketika pertama kali aku tahu kehadirannya adalah ketika ku sedang bekerja dan terasa loya tekak yang teramat dan seleraku bertambah, ku beli alat cek kehamilan berseorangan di farmasi untuk suprisekan suamiku, dan aku terjerit kecil ketika dua garisan ditunjukkan ketika di dalam toilet tempat ku bekerja. Ya Allah sangat indah saat itu. Suamiku amat gembira dan sujud syukur akan perkhabaran gembira ini.

Saat itu bermulalah episod muntah di tepi dewan kuliah, pening dan tidur di tengahari di dalam pejabat, malam yang tidak boleh tidur, menangis tanpa sebab, benar Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, berkat izinnya aku malah bersyukur dan gembira dengan segala ujian ini. 

Perjalanan ku ketika mengandung tidak semewah yang lain yang dimanja dan dituruti segala idaman makanan, tapi ku bersyukur dikurniakan suami yang setia mengurut belakang dan badan ketika lelah, yang setia menepuk belakang ketika ku muntah, yang setia menemani ke klinik sepanjang 9 bulan, yang ringan tulang dalam membantuku semampunya, yang setia mengelap air mata ketika emosi mengawalku, yang setia menghantar makanan ke tempat kerja ketika kau mampu, yang mengalah dalam setiap perbalahan, terima kasih wahai suami, akan ku kenang sampai akhir hayat. Kau mungkin tidak mampu dalam harta duniawi tapi kasihmu melebihi segalanya dan menjadi penguat semangatku ketika rebah. Kau cuba memenuhi idaman mengandungku semampu kudrat dan kemampuan mu. Semoga diberikan rezeki kesihatan dan kemewahan dan semoga cintamu terhadapku tidak pernah padam selamanya hingga ke Syurga.

Hingga harini, aku masih belum percaya gelaran "mommy" kepada seorang zuriat yang teramat comel dan sempurna, Alhamdullilah anak yang sangat memudahkan dari dalam kandungan sama seperti apa yang selalu panjatkan di dalam doa ketika solat sepertiga malam. Aku sangat mengasihiu wahai anak, sakitmu biarlah ku tanggung, peritmu biarlah aku saja diuji. Aku sangat mencintaimu wahai anak.

Kehadiranmu merapatkan lagi aku dengan penciptaku. Ibadah ku semakin khusyuk dengan adanya kamu.

Semoga segala dosa-dosa silam ibumu ini terhapus dengan segala kesakitan "MATI SYAHID" ketika melahirkanmu, semoga kamu menjadi peneman setia hidupku sehingga nadi berhenti.

Mommy sayang kamu FS.

Semoga menjadi aset akhirat bernilai kami wahai anak, semoga membesar dengan sihat dan selamat. Terima kasih membawa pelbagai rezeki sejak kau dilahirkan, izinkan mommy daddy menumpang rezekimu dan izinkan kami mendidikmu dunia dan akhirat. Insyallah.

I love you so much sayangku my eternal love.


This battle that i won. ALHAMDULILLAH


Forever has now begun.

Without u baby, i wouldnt believe at all.


LOVE,
Mommy <3



Wednesday 23 January 2019

Harapan

Sudut paling dalam hati, ingin sahaja aku mati, biar diri ditenggelamkan rasa putus asa dengan duniawi.

Tapi aku tahu masih belum layak aku meminta mati dengan amal yang sedikit, dengan jiwa yang belum sebati dengan erti iman,

Dunia mungkin ternampak kejam pada saat dan ketika ini. Tapi aku percaya Ilahi takkan pernah menzalimi.

Nada hati masih yakin masih ada sebab aku di sini.

Aku akan terus mencari sampai nanti nadi senyap sepi dengan sendiri.


Sh.2019.22:22

Monday 6 March 2017

BAJET TRIP KE KOREA 2016


Assalamualaikum readers,

                  Maaf sebab it takes like almost five months la kot nak update pasal trip ni.huu.kekangan masa di antara being a student,private tutor and masuk competition and final exam and thesis (can u see the struggle?haha) membuatkan seorang ely x cukup nafas,tapi Alhamdulillah ala kulli hal sebab masih diberi kekuatan dan kesihatan.

                  Ok,niat menulis ini sbb nk bantu kawan2 yang bertanya di dm ws ttg trip ke sana,ely faham pasal curiousity hangpa, because ely pun macam tu masa mula-mula plan this trip. Terdetik nak menulis sbb baru-baru ni kawan sekolah cakap nak pergi juga this year,so why not kan share,dapat la bantu serba sedikit,hee.semoga selamat sampai kat sana ya,aminn. Kami buat research dlm tiga bulan juga. Semoga penulisan ni bagi mcm mere guide kpd yang memerlukan.Nak Tanya lebih lanjut,boleh pm tepi,I wont bite!

                  This trip started with omong kosong seorang kpopers tegar iaitu ub(nama sebenar atikah merangkap best fren since matrix) mcm “weyh ely  korea jom wey”.Tapi Alhamdulillah first time omong kosong menjadi  reality setelah banyak kali merancang.Yelah before this nak ajak jumpa berjemaah dgn geng matrix tercinta pun terbantut bertahun,padahal satu ukm.kikiki. Oh kami pergi berdua sahaja ke sana,ely dan ub, on 2016 summer n auntumn pada cuti semester tahun kedua pengajian. Tapi kami x da la berjalan semata, kami ada sedikit urusan berkaitan universiti kami. Insyallah  akan p lagi tahun ni, atas sebab tertentu(sapa nk join ,boleh pm tepi  ) .

                                    Perjalanan bermula dari decide routes mana nak p,and of course la dengan kadar yang paling jimat,maklum kami masih student hehe .Kami decide on visit both,Busan dan Seoul.Sebab apa? Sebab kami nk p dua daerah sekali gus alang-alang nak p.Korang boleh ikot mcm ni.Kami turun flight di Busan dahulu,stay beberapa hari,lepastu naik bas(sumpah lama) p Seoul pulak,jimat sebab tak payah ulang alik dari busan ke seoul ke busan. Kami naik flight balik dari Seoul.

                  Malaysia         à         Busan(Gimhae airport)     à         Seoul     à                Malaysia



                                    Masa kami p musim dia auntumn bercampur summer. Dapat la tengok daun kekuningan sikit2 terutama di Nami .Busan masyallah panas,haha,haa ni tips,bawak la taw topi and kipas mini,sesiap dari mesia,jimat,kami beli kat sana kat busan train station(rm 40,bazir gilaa). Bawak baju nipis2 je,xyah nk ootd hahah kecuali di seoul ok la sejuk. Ok,lepas smpai airport,bas dtg ambil p tempat kami stay kat Busan. Transportation sana I likeee sbb x delay lama.  Untuk transportation di sana,jangan risau, ada mcm kad ktm khas untuk 24 hours pakai cost you just around 4500 won,apa special kad ini ialah,korang boleh pakai sehari suntuk utk kemana-mana,tapi sehari je taw,make sure pakai to the fullest kalau beli tu,baru untung. Mana nak cari kad ni? Ada mesin kat station tu. Mcm vending machine. Oh masa kami pergi,in 2016,so rate dia 10k won = RM 30-32 mcm tu,and tadi cek di google, dah naik rm jadi rm38-40,Allahu,huhu,semakin teruk rate harga kita.beza Rm10 oi. Cepat2 pergi ok dearies!

                                    Banyak memories pergi sana,tapi bg ely, yang remarkable place is kampung running man tu. Its so unique. Dia pada mulanya hanyalah setinggan yang diubah suai govt jadi tmpt perlancongan,maka jadilah lawa warna warni.Boleh pergi dengan train dan bas,agak menyampah nak cari sbb dia dalam sikit,kat sini entahlah, so cool for me,each lorong akan ada rumah yang diubah suai jadi tempat galeri la,tempat rekaan unik la,Ada satu rumah ni,bila kita menjerit,semua mesin(dibuat dari kaca) akan bergerak2 ikot sound wave jeritan kita.haha. Lepastu ada la tempat-tempat mcm scene dalam korea, oh ahaa ada satu tangga ni,nama dia star ke heaven stairways,sb apa?sb tangga ni sangat cerun,orang-orang situ dulu miskin,balik kerja malam2,angkat berat naik tangga akan nmpk stars dari situ,hee. Tips untuk x sesat dalam perkampungan tu,follow je ikan2 yang ditampal dekat dinding tu. Tapi insyaallah x sesat,sbb berjemaah ramai kat situ.Hee haa masa naik sini,tolong lah bawak mineral,nauzubillah wey penat sumpah.dengan panas nye. Ada jual mcm air manga tapi hm takot x bersih,oh ya,bau arak sikit2 tu normal,sbb culture kan.pastu hormat kat situ sbb kawasan perumahan,sepanjang lorong tu ada la ahjumma ahjussi yang tegur2 kita,anjing also got,tapi wat lek je.dia mungkin stare kita sb anjing pelik tgk kenapa kita coklat and x putih mcm tuan dia.hm k hambar.maap.
I
                  Tempat wajib untuk korang pergi di busan ialah Jagalchi market,hm tempat ni famous untuk makanan laut,kami pegi sini pun naik train,tapi hati-hati taw sini,sbb kena kuat semangat menolak asakan makcik2 pasar soh makan kedai mereka.Hampir jugak la kena sembelih dengan harga mcm haram haha,ub pandai ckp korea,so kami pakat,kata aku ni allergi,so x boleh makan situ,dan kami lari la ke kedai lain ikot bajet.Alhamdullilah ok la jugak yg kami makan,sedap sup apatah haha,ikan la pasti,ada nasi,ada side dishes dia iaitu sayur kimchi bagai,aku x makan sb x reti haha . Tapi rm60 jugak satu meal full course. Ye adik2,kami pokai sbb makanan sana amat mahal dan masatu aku rindu café FKAB ukm yang hanya rm5 satu nasi campur,ahhaha.Tips yang aku boleh bg,bawaklah banyak fast food macam brahim,maggi,biskut kalau nk save banyak. Abi aku pernah ke korea atas dasar kerja pada tahun 2010 x salah aku,abi pun kata jagalchi market tu mmg kena pandai cari harga,sbb diorang tahu kan kita ni foreigner.Currency tahun 2010 dan 2016 banyak beza katanya(of course).

                  Baru cerita muqadimah,tapi dah panjang dh ni haha ,xpe niat ikhlas nak bantu korang! Hehe.ok ha berkaitan bas dari busan ke seoul it takes 5-6 hours! Kami bertolak pagi,so agak wasted la sehari tu atas bas je,oh masa summer pagi cerah bermula at 4am,so mula2 tu subuh gajah for first few days,huhu dan petang dah gelap around pukul lima dah gelap..huu so kalau boleh gerak keluar awal2 ok. Kenapa kami ambil bas? X ambil train?berbalik mcm apa ely cakap,kami kan p duit sendiri, hee so nak save,bus cost around rm80-100 while train rm200 lebih x salah.sekarang I don’t know the rate.huhu. Bas ada byk jenis,dari fancy kepada biasa,harga lain2,kami ambil biasa,tu pun dah cukup selesa sgt-sgt.Seat mcm executive and ada tv cerita korea yang xda subtitle.mmg x faham la haha.ub terer ah sb dia boleh faham.Masa naik train tu korang kena alert nama tempat,sb tah bg yang x reti bahasa korea mcm aku,aku rasa nama tmpt mcm sama je,namdaemun,dongdaemun hahaha.alert ok sistur.kami pernah salah train sekali haha.

                  Setelah puas di Busan,kami naik bas p seoul. Di seoul agak best,muehehe,sbb sejuk,lepastu dekat dengan main atrractive punya tempat,namsan tower,myeondong street and train pun dekat.Kami stay dekat myeodong,pricey sikit,tapi amat mudah.Kelengkapan lengkap.macam rumah,siap ada bath tu dlm bilik.free international call,wifi,dapur,laundry ahhhh sumeeee.Korang pergi ok tempat2 ni:

·             Myeondong street (pecinta kpop dan k-beauty),dekat sini innisfree,laneige,nature republic ada lima-ke enam kedai untuk jenama yang sama,so jangan beli terus,harga lain2,banding2 dlu,kadang ada diskaun lain2,mcm aku beli bb cushion banyak2 and lip tint sb sangat sangatttttt berpatutan.tapi kena pandai survey,disebabkan kami duduk berdekatan,tiap mlm kami turun sini.oh haa kat sini tutp kedai around 10.30-11pm,so pergi la awal sikit ok.

·             Nami Island,hm ni jauh dlm 10 station baru sampai,tips dia korang bawak je student card,insyaallah dpt diskaun,hm aku suka sini sb walaupun kena naik train lama,pastu naik teksi pastu naik feri baru sampai(nmpk x susah nk sampai? Hhaha maka ambil la gambar byk2,bukan senang nk sampai) tapi suasana dia tah,sangat aman gitew,kalau kawen nnty,nak bawak suami mai situ,kih2.

·             Menurut kajian,di hongdae ada banyak café cool2 tapi kekangan masa membatalkan niat dan kaki yg x boleh tolerate lagi,haha sempat pergi tunai wishlist ku yang nak sgt tgk hello kitty café hehe.ub redho menemani seredho aku menemani nya ke SM town,haahaha

·             Gangnam,Sini la terletak SM TOWN kesayangan hangpa.Nak masuk tgk boleh sbb dia wat mcm concept mall tapi rezeki kami dapat private tour hee.so dia bawak masuk p tgk baju2 yang artis(GG,EXO,SUJU,SHINEE) pakai masa concert,tempat mekap,tempat studio menari,tempat mereka shoot album,tempat recording,meeting dan sebagainya.Plus kami diajar menari siap shooting mcm artis kpop kat studio dia,mcm biasa,aku la paling kaku dan kayu dan asyik gelak. Masa ni hanya kami dua je muslim n Malaysia ,yg lain german ada,philipines and lain2,sume yg dpt tu dlm 13 org.Rezeki seorang ub.hee nmpk muka beliau sgt happy!

·             Namdaemun- sini nk shopping utk souvenir,mcam tshirt tulis korea tu and souvenir2 lain.kat sini penjual mcm boleh ckp Bahasa Malaysia ah,haha 3 sepuluh 3 sepuluh!

·             Ehwa uni-mere university


·             Namsan tower-tempat korang lock cinta tu,plg syiok korang lock dlu,kang dh kahwin,g la bukak ngan husband,aicehh ahahah

·             Hanok village or gyeokgabung palace –sini la location utk drama-drama korea versi lama tu.sesi ootd disini taw kikiki.


So basically soalan lazim korang ialah tempat mana nk lawat,brapa bajet and dos and donts kan.ok ely simplify ya:

·             Ok list tempat lawatan dah bagi taw kat atas,either follow ja or boleh tambah lg or kurangkan ikot bajet sistur2.Kalau nk mudah,pergi je seoul,situ dh banyak sgt utk korang teroka,kalau byk bajet,boleh stay lama dan x rushing pergi ke tempat2 tu slow2.

·             Bajet ea? Ikot la kadar hari yang korang pergi, (ini dh kira ok cover tix,,transport,tmpt tinggal,makan,shopping)hangpa kaya boleh tmbh lagi utk shopping hehe,bajet sehari dalam tiga ratus dah ckup,kali la brapa hari hangpa p,kalau pndai save lagi kurang.mcm bawak foods banyak2.

·             Contoh spend rm300x 5 hari= rm1500 + tix rm1000-1800 + transport dlm 100-350+ tempat tinggal dlm rm1000 =3k-4k. sekali lg saya nyatakan haha kena pandai urus duit ok,cari kawan yg travel saling mengingatkan and x emo.supaya sume smooth.


·             Kalau nk cut bajet lg,mohon bawak banyak2 makanan,serius ia membantu,korang kena jalan banyak kan,sb kita pakai public transport,so tenaga harus banyak juga,air mineral sentiasa refill.

·             Weyh! Lupa nk roger,toilet awam sana,xdak paip wey!hahahahahah tapi tmpt tinggal or hotel or airport ada yg ada bidet,so xpela,kalau xda tu,bawak la air mineral sebotol utk basuh sb takot x bersih najis nk bawak solat.Kami mmg taw dh dari awal,so xdala terkejut sgt.so ya prepare na.

·             Surau susah nk cari,sb kita bkn majority sana,its either hangpa solat dlu then kuar dengan tenang,tiga hari pertama boleh jama’ solat.

·             Ha ni satu lg,busan x mesra sgt ngan foreigner,dpe mcm takut2 sikit dengan kita terutama yg pakai tudung,masa mula2 dpe mcm ingt kita arab,dpe x suka arab kot,haha,bila ckp Malaysia baru ok,tips nya,korang snyum je kalau dpe usha pelik.hati kena kental kalau travel tnpa family ni.ada je yg mesra tapi boleh kira dengan jari,yang mintak kami wat tutorial shawl kat kedai grocery (gigih le undo the pins bagai nk tnjuk dia) ada yang ambil gmbr kami senyap2 dalam train,kami snyum je wat peace sikit pastu dia yg segan balik ahahahha.haaa lagi satu kalau boleh pakai colour warna warni ah tudung tu,elak hitam tudung,sbb dpe ingat arab.okie.pernah sekali aku terbertuh(betul ke ayat) bahu sorang atuk ni,dia trus lari weyh,hahaha,pastu bila dia tahu aku n ub Malaysia,baru dia ok.aiyo hahaha

·             Pastu kalau korang lenguh macam mana pun kaki nk tercabut lagu mana pun,korang jangan sesekali duduk kat train kalau ramai lagi yang perlu,aku n ub kalau penat sangat pun,kami duduk atas lantai saja haha.asal leh rehat jap kaki sbb dpe jenis sound direct.malu je nnty. haa aku bawak salon pas lekat kat betis kaki tiap kali balik hotel,baru x lenguh utk esok. Its really works!

·             Haa sampai2 je korang terus split duit,transport mana,makan mana,shopping mana,takot terpakai,x ke naya nk p airport xda duit bayar tambang,nanges weyh.haha.

·             Mcm aku,abi selalu ingatkan jaga passport,so aku in charge dlm jaga passport,ub  in charge duit,kaji sikit kat mana embassy Malaysia kat sana yang terdekat if anything jadi.okie.

·             Beli la banana uuyu dia masa tu 1300 won shaja,kenyang minum n sedap,aku beli hari2,beli yg topi hijau jangan biru,x sedap.banyak aku seludup dlm beg dlm enam botol,demi seorang becky yang nk sgt rasa haha.selebihnya utk umi abi family.kalau becky baca ni,mohon terharu k,susah k nk seludup masuk cabin haha dengan beg macam2 dh perosok.

·             Kalau kena frenzon masa korang tanya soalan,jangan nangis sayu k,lek2,ely dh biasa dh kalau tanya soalan,dpe terus lari hahahaha,rasa mcm nk pinjam bahu ub dan menangis sepuasnya,korang jangan salah faham. English diorang x brapa fluent ,so diorang x reti nk communicate. Kalau boleh approach dak2 baya kita.Mcm kami kat train,kami tanya student uni korea situ,haa baru ok,hehe,kalau pndai ckp korea sesikit mcm ub itu lg bonus,siap boleh beramah mesra aa gtew. Aku fhm tapi  x la sepenuhnya,sb dlu pernah terjebak kejap dgn k-drama,hehe,ooo ayat ni korang kena master “olmaneyo= brapa harga” “biyanhe=sorry” “kamsahamnida=tq” “yeppo=lawaa” saranghae=I lebiu ok ni saja aku tambah untuk korang cari zauj kat sana,mana tahu sempat untuk berdakwah lalu pogoshiptah I miss u hahahahah,k hambar lg.


Sekian ini sahaja tips yang dikongsi,hehe moga bermanfaat,kalau nk beli tix  murah x reti cari,boleh roger saya,upah rm20 k,hahahah,ok apa2 oleh dm kat ig ellyhariss x pun email jah.hehe,komen saya disabled kat blog sbb kang ada letak link yang x sepatutnya haha mencemari niat buat blog ni yang suci gtew.hahaa.ok anyeong!

 X perlu jadi kpopers je nk bercuti sini,sbb banyak lg benda lain yg boleh di explore,if u are kpopers or not just enjoy!. Bak kata abi,berjalan ni niat nak cari ilmu,supaya dapat pahala dan kalau ajal smpai,insyaallah dlm keadaan husnul khotimah! Dapat dua2 keseronokan and pahala,balik kepada niat.Insyalllah.Banyaak la belajar kat sini,mcm mudahnya jadi seorang muslim di Negara sendiri banding Negara asing,tapi itu yg menjadikan islam di sana lebih berkualiti banding Negara kita yg hanya berkuantiti.Allahu alam,wslm!

Hayatilah gambar2 ni,untuk dapat gambaran bagaimanakah suasana di sana.kikiki






















‘’SEMOGA SEMUA READERS DIKURNIAKAN REZEKI UNTUK KE KOREA JUGA! AMINN”

                 
ps:my longest post so far,it takes two days to freaking writing and thinking about the content hahaahah.rasa nk cerita byk lg,tapi xpe,thesis dan menunggu,ely put yg gist ok.wslm,saranghaeyo oppa yeppo kah2.bye.apa2 boleh tnya,insyaallah saya bantu mana yang mampu.yeorobun anyeong!will update my china trips soon! Jgn lupa check out my last post bout Palembang n Singapore trips!