Its been awhile since im here,
I would love to share my new love, eternal and endless love of my life.
25.9.2020 will be the best day of my life.
Alhamdulillah.
Sakit dan trauma masih terasa hingga ke saat aku menaip kisah ini.
Hampir nadi berhenti berdegup setelah 9 jam berjuang di dalam labour room berseorangan.
Tidak pernah terfikir akan melalui saat begini di dalam hidup.
Tepat 2.15pm seorang malaikat kecil yang amat comel selamat dilahirkan dan diletakkan di atas dadaku. Tiada kata yang keluar, hanya deraian air mata ku sambut kelahirannya. Ku dakap penuh kasih dan tidak henti kalimat syukur ku panjatkan kepada yg maha ESA kerana mengizinkan aku melalui saat yang berharga ini.
Inilah benih kasih dan cinta bersama kekasih hati yang ku gelar sebagai seorang suami.
Perjalanan ini tidak semudah yang ku sangka, amat payah dan beronak duri, emosi dan mental sangat teruji. Air mata masih mengalir ketika ku menaip coretan ini. Kesakitan yang terkandung kenikmatan didalamnya pabila terdapat denyutan nadi yang menumpang di rahimku.
Orang ramai memuji yang fizikal tidak banyak berubah dan berseri ketika membawa kandungan ini, tapi hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu susah dan senang. Sakit belakang yang tiada akhirnya, loya dan muntah di awal 3 minggu yang pertama, Baju yang semakin sendat melewati 2 bulan akhir, Perubahan emosi yang tiada akhirnya, air mata yang menjadi peneman setia. They said i have it easy but hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.
Semua kesakitan hilang pabila sayangku berada dalam dakapan ku, masih jelas ketika sayangku membuka mata kali pertama dan tangisan yang hadir ketika kita bertentang mata. Banyak ujian yang kita lalui bersama, dialah kekuatan hidup yang sejati yang Allah sudi amanahkan kepadaku, kelahiran yang dinanti setelah lima bulan layari alam perkahwinan.
Masih teringat ketika pertama kali aku tahu kehadirannya adalah ketika ku sedang bekerja dan terasa loya tekak yang teramat dan seleraku bertambah, ku beli alat cek kehamilan berseorangan di farmasi untuk suprisekan suamiku, dan aku terjerit kecil ketika dua garisan ditunjukkan ketika di dalam toilet tempat ku bekerja. Ya Allah sangat indah saat itu. Suamiku amat gembira dan sujud syukur akan perkhabaran gembira ini.
Saat itu bermulalah episod muntah di tepi dewan kuliah, pening dan tidur di tengahari di dalam pejabat, malam yang tidak boleh tidur, menangis tanpa sebab, benar Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, berkat izinnya aku malah bersyukur dan gembira dengan segala ujian ini.
Perjalanan ku ketika mengandung tidak semewah yang lain yang dimanja dan dituruti segala idaman makanan, tapi ku bersyukur dikurniakan suami yang setia mengurut belakang dan badan ketika lelah, yang setia menepuk belakang ketika ku muntah, yang setia menemani ke klinik sepanjang 9 bulan, yang ringan tulang dalam membantuku semampunya, yang setia mengelap air mata ketika emosi mengawalku, yang setia menghantar makanan ke tempat kerja ketika kau mampu, yang mengalah dalam setiap perbalahan, terima kasih wahai suami, akan ku kenang sampai akhir hayat. Kau mungkin tidak mampu dalam harta duniawi tapi kasihmu melebihi segalanya dan menjadi penguat semangatku ketika rebah. Kau cuba memenuhi idaman mengandungku semampu kudrat dan kemampuan mu. Semoga diberikan rezeki kesihatan dan kemewahan dan semoga cintamu terhadapku tidak pernah padam selamanya hingga ke Syurga.
Hingga harini, aku masih belum percaya gelaran "mommy" kepada seorang zuriat yang teramat comel dan sempurna, Alhamdullilah anak yang sangat memudahkan dari dalam kandungan sama seperti apa yang selalu panjatkan di dalam doa ketika solat sepertiga malam. Aku sangat mengasihiu wahai anak, sakitmu biarlah ku tanggung, peritmu biarlah aku saja diuji. Aku sangat mencintaimu wahai anak.
Kehadiranmu merapatkan lagi aku dengan penciptaku. Ibadah ku semakin khusyuk dengan adanya kamu.
Semoga segala dosa-dosa silam ibumu ini terhapus dengan segala kesakitan "MATI SYAHID" ketika melahirkanmu, semoga kamu menjadi peneman setia hidupku sehingga nadi berhenti.
Mommy sayang kamu FS.
Semoga menjadi aset akhirat bernilai kami wahai anak, semoga membesar dengan sihat dan selamat. Terima kasih membawa pelbagai rezeki sejak kau dilahirkan, izinkan mommy daddy menumpang rezekimu dan izinkan kami mendidikmu dunia dan akhirat. Insyallah.
I love you so much sayangku my eternal love.
No comments:
Post a Comment