Trip ke Indonesia:Palembang
Hai
Assalamualaikum semua,kalini nak update pasal trip pergi Indonesia masa cuti
semester tahun ke-dua.Hehe,oh pada yang wonder aku ni belajar mana,aku belajar
dekat UKM,jurusan undang-undang.Trip kalini dianjurkan oleh ALSA UKM,ALSA
stands for Asian Law Student Association.Alhamdulillah masa first year,aku terpilih
menjadi one of the board member ALSA UKM,rezeki kan.Semua board member
diwajibkan pergi,.Dari persatuan ni,banyak la aku belajar,dari handle task,jadi
pengarah program,leadership and masuk bertanding masa nak pegang post,part
manifesto memang aku paling hampeh la janji2 yang ditabur.Alhamdullillah quite
good semuanya Allah permudah.
Ok dah jauh melalut,ok seronok sangat pergi
sana sebab apa gaisssss,sebab sana duit kita jadi mahal,aku tetiba jadi jutawan
gais g sana,aku bawak dua jutaaaaaa haha tapi rupiah,dalam rm6oo lebih mcm
tu.siap lebih sejuta lagi masa nak balik Malaysia.
Hm
banyak tempat aku teroka,dari Sungai Musi ,Jambatan Ampera(landmark),ke
Bukit
Seguntang,Ramayana,Muzium Sultan Mahmud Badaruddin and
tempat makan bakso yang sedap untuk seorang ely yang x suka try makanan
baru,but I’ve got no choice sbb malam tu,sume makan yang tu je,hehe.And last
day kami pergi international convection dekat fakulti law UNSRI.
Part
makan Bakso tu,kumpulan semeja aku menang video bakso kat situ,haha should be dapat makan free tapi kami balik awal.Mana
x menang kalau semangat sgt masa recording pasal kedai tu.Bab makanan korang x
payah la risau,sumpah sana makanan sedap and murah sgt.
Kalau nak shopping korang pergi la
dekat Ramayana,situ la aku habis duit wey,beli telekung(yang ni mmg
dh aim sb dulu ada baca novel,kata telekung sana lawa),korang kena pandai tawar
lah,n Bahasa diorang macam tambah o kat belakang mcm “berapo” means
berapa,haha,macam nismilan lak slang dia kan,tapi kawan Indonesia aku baik
gilaaaa,desbon nama dia,dia la tolong aku tawar menawar haha.keychain sana
murah,baju batik dia murah,and aku beli kain songket sana murah bermeter2 untuk
kakak n ummi buat raya,lawa sangat,lepastu aku beli kain sarung untuk abi pergi
masjid.Aku jadi pembeli yang bijak kat sana,kawan majority bawak sejuta ja so
diorang takot nk spend,aku hm tayah cakap la haha,aku ikut pesanan abi “u will
never know bila lg u akan visit there once again,so spend la whatever u want ok
bby”,aku sematkan nasihat tu di dada hahahah dan praktikkannya.
Kami
naik cruise masa sungai musi,masa atas cruise tu aku kena Tarik g pentas nyanyi
satu lagu indon,aku ni xlah jiwang tapi aku suka lagu indon yang sentimental
macam kenangan terindah-samsons,wali band,ungu n peterpan-menunggumu.Nak
jadikan cerita aku ni memang peramah dgn budak student law sana,maka nama aku
jadi pekikan untuk naik pentas,aku pun mcm ala why not kan,jadi good
memories,hehe.
Satu
aku perasan,sana orang-orang penjual masa dihabiskan dengan membaca
al-quran,kisah-kisah nabi,and ahaaa aku ni memang pantang kalau ada orang nk
kasi doa baru,dapatt pakcik ni kasi doa mudah menghafal and doa murah
rezeki,mmg aku lah yang plg semangat pergi ambil,hehe,moga murah rezeki pakcik
tu,aminn.
Aku
jenis yang sangat sentimental,aku suka mcm pergi muzium or tempat-tempat yang
historical ke apa,so masa pergi muzium sana n bukit seguntang,aku amatlah
teliti n peka n follow je pakcik muzium tu bawak tour.banyak aku belajar pasal
Islam di sana.Masa di muzium ada bawak pergi rumah yang gambarnya ada dalam duit mereka,masuk-masuk je
ada piano lama,aku terus main satu lagu,haha.
Last
day,aku pergi fakulti diorang,cantik,lapan tingkat wuu,baru bina,ada cm talk
and presentation dari student law UKM and UNSRI.Kawan-kawan sana sangatlah best
hehe.Alhamdullilah.
Aku ada list untuk korang,kinda tips lah:
1.
bawak dalam dua juta rupiah dah ok untuk 4 hari
kat sana
2.
kalau pentingkan hygiene,hm makan tu tgk lah
tempat dia dlu,macam aku ni perut sensitive,kena really tengok,ada je restoran
yang best n bersih,jangan risau.
3.
Bawak je baju lebih sbb sana panas cepat
berpeluh
4.
Shopping kat Ramayana ok!
5.
Kalau ada duit lebih,korang naik lah cruise dia
lalu bawah jambatan Ampera,aku masa naik tu,fefeeling titanic dengan Alya hehe.
Ok itu sahaja,hayatilah gambar-gambar aku
ke sana hehe.
‘’SEMOGA READERS SEKALIAN MURAH REZEKI UNTUK
KE PALEMBANG,INDONESIA,AMINN”
![]() |
Baju batik yang dibeli di Ramayana untuk pakai perfi umah dekan |
di stadium Gelora Sriwijaya
Cruising di Sungai Musi
Ampera Bridge
Di bukit Si Guntang,banyak makam kat sini
di Masjid Cheng Ho
Bas Law Faculty UNSRI
Law Faculty UNSRI
’SEMOGA READERS SEKALIAN MURAH REZEKI UNTUK KE PALEMBANG,INDONESIA,AMINN”
No comments:
Post a Comment